Rawatan kesuburan in-vitro (IVF) adalah antara alternatif bagi pasangan yang mengalami masalah kemandulan atau sukar mendapatkan zuriat disebabkan oleh masalah kesihatan kesuburan. Jika anda tidak mengetahui apa itu IVF, IVF ialah in-vitro fertilization dan juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji.
Rawatan IVF melibatkan proses di mana telur akan diambil dari isteri dan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Telur yang disenyawakan akan menjadi satu gumpalan sel yang padat dikenali sebagai embrio dan akan dimasukkan semula ke dalam rahim wanita.
Penjagaan Selepas Proses Rawatan Kesuburan IVF
Terdapat ramai pasangan yang telah melalui pengalaman IVF yang berjaya dan telah mendapatkan zuriat selepas menjalani rawatan. Namun, pasti ada pasangan yang ingin tahu penjagaan yang perlu dilakukan selepas proses IVF berjaya di mana embrio telah dipindahkan ke dalam rahim.
Penjagaan selepas pemindahan embrio ke dalam rahim merupakan proses IVF yang perlu diberi perhatian dan juga merupakan salah satu tips IVF yang berpotensi untuk mengubah kehidupan anda. Ada juga klinik rawatan kesuburan yang mengesyorkan untuk mengambil masa untuk manjakan diri dengan rehat yang cukup.
Terutamanya dalam memastikan bahawa anda tidak mengalami apa-apa tekanan yang dapat mempengaruhi perkembangan implantasi. Sebenarnya, selepas embrio berjaya dipindahkan, ia memerlukan masa untuk proses implantasi berlaku.
Tips Proses IVF Daripada Pakar
Terdapat kajian yang dibuat oleh pakar yang menunjukkan kesan positif jika diet yang diambil oleh wanita adalah seimbang ketika proses implantasi dan juga sepanjang kehamilan. Secara umumnya, semua wanita perlu mengikuti diet yang sesuai dan elok untuk kehamilan jika mereka ingin hamil.
Wanita disyorkan untuk banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran, sumber serat yang baik, karbohidrat kompleks dan juga protein. Sayur-sayuran yang akan dimakan mentah perlu dicuci dengan bersih. Wanita juga dinasihatkan untuk elakkan daripada pengambilan makanan yang berisiko tinggi seperti keju yang tidak dipasteur.
Makanan-makanan tersebut mempunyai pelbagai bakteria yang tidak elok untuk badan. Pakar juga menasihatkan wanita untuk mengekalkan pengambilan kalsium dan vitamin serta mineral lain yang baik. Ia adalah sangat penting untuk memastikan bahawa pengambilan nutrien adalah cukup dan seimbang.
Juga amat penting untuk memastikan bahawa anda kekal terhidrat sepanjang proses IVF dan terutamanya pada peringkat awal proses implantasi dan kehamilan. Pakar mengesyorkan untuk meminum banyak air sebanyak dua liter sehari.
Jelasnya, terdapat segelintir pasangan yang rasa bahawa rawatan kesuburan ialah proses yang memberikan tekanan secara fizikal dan emosi. Ada juga pasangan yang takut proses IVF itu akan gagal dan mereka perlu melalui keseluruhan proses rawatan IVF sekali lagi serta membelanjakan lebih banyak wang.
Harga IVF di Malaysia tidak murah juga, dan perlu menunggu proses lama jika ingin mendapat rawatan IVF daripada hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, jika anda mengendalikan proses tersebut dengan baik, peratusan untuk memiliki cahaya mata adalah amat tinggi.
Pasangan amat digalakkan untuk berbincang dengan doktor mengenai panduan dan tips untuk memastikan anda berjaya untuk penjagaan selepas rawatan IVF tersebut. Contohnya, anda boleh berbincang dengan doktor anda mengenai pemakanan tambahan jika pemakanan kini tidak memenuhi keperluan.
Pasangan yang ingin melalui rawatan IVF perlulah mengikut jadual berkala dan berusaha untuk berjumpa dengan pakar untuk mengemaskinikan keadaan. Berusaha untuk mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan elakkan godaan daripada makanan yang tidak sihat buat masa ini.
Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan asap rokok dan bersenam secara minimal. Anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti berat selepas pemindahan embrio. Tetapi hal ini tidak bermakna bahawa anda hanya baring sepanjang dua minggu.
Pesakit biasanya dapat kembali semula ke kehidupan hari yang biasa, tetapi perlu berwaspada dengan aktiviti lasak, stres dan cuba mengambil masa untuk berehat secukupnya. Cuba beberapa teknik untuk kekal tenang semasa proses ini. Buat temujanji sini!